USAHAWAN PERTAMA 2024

KEUSAHAWANAN - PUAN AZIAN HABLAH

USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama     : AZIAN HABLAH

Umur      : 46 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Pn. Azian telah mengusahakan gerai makanan dan minuman secara kecil-kecilan disekitar Kampung Sama. Beliau juga menyediakan perkhidmatan cash on delivery (COD).

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan menu makanan dan minuman. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM250 – RM500.

 

*****

CELIK IT 2 - MUHAMMAD AMMAR SUFI BIN AHMAD SOPIAN

CELIK KOMPUTER

Nama     : MUHAMMAD AMMAR SUFI BIN AHMAD SOPIAN

Umur      : 11 tahun

Ahli         : 2020

Latar belakang

Adik Muhammad Ammar Sufi bin Ahmad Sopian berusia 11 tahun, bersekolah di SK Ulu Atok.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Adik Ammar Sufi yang tinggal di Taman Sama telah mendaftarkan dirinya untuk menjadi ahli NADI Kg.Sama. Beliau berkunjung ke NADI setiap hari hanya berjalan kaki, anggaran jarak rumah ke NADi dalam 0.3km.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Selepas mendaftarkan diri sebagai ahli NADi, adik Ammar Sufi banyak mengikuti kelas ICT, Multimedia dan E-pembelajaran yang telah dianjurkan oleh NADI. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer seperti menaip dan lain-lain.

 

*****

CELIK IT 1 - AHMAD SHAHZREEN NAUFAL BIN AHMAD FAIZAL

CELIK KOMPUTER

Nama     : AHMAD SHAHZREEN NAUFAL BIN AHMAD FAIZAL

Umur      : 10 tahun

Ahli         : 2023

 

Latar belakang

Adik Ahmad Shahzreen Naufal bin Ahmad Faizal berusia 10 tahun, bersekolah di SK Ulu Atok.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum ini, adik Shahzreen Naufal tinggal di Jerkoh, setelah berpindah di Taman Sama ibunya telah mendaftarkan beliau dan adiknya untuk menjadi ahli NADi Kg. Sama. Beliau dan adiknya berkunjung ke NADi setiap hari hanya berjalan kaki, anggaran jarak rumah ke NADi dalam 0.5km.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Selepas mendaftarkan diri sebagai ahli NADi, adik Shahzreen Naufal banyak mengikuti kelas ICT, Multimedia dan E-pembelajaran. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer seperti menaip dan lain-lain.

 

 

USAHAWAN PERTAMA 2022

KEUSAHAWANAN - ROSILAWATI BINTI MAMAT

PENJUAL MAKANAN DAN MINUMAN 

Nama     : Rosilawati Binti Mamat

Umur      : 43 tahun

Ahli         : 2021

Latar belakang

Pn. Rozilawati merupakan ahli PEDi Kg Sama sejak tahun 2021. Merupakan bekas kakitangan kerajaan. Beliau memilih untuk berhenti awal dan menjalankan bisnes.
 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan sekitar RM100 sahaja dan sukar untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan.
 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan beliau meningkat setiap bulan dengan bantuan PEDi. Beliau lebih mahir menggunakan shopee, facebook dan whatsapp business untuk mempromosikan produkbeliau.
 

*****

USAHAWAN KEDUA 2022

KEUSAHAWANAN - NURUL NABILA BINTI MOHD NOR 

MENJUAL MAKANAN DAN MINUMAN

Nama     : Nurul Nabila Binti Mohd Nor 

Umur      : 25 tahun

Ahli         : 2013

Latar belakang

Pn. Nabila menjalankan perniagaan makanan & minuman. Memulakan perniagaan bermula dari rumah sehingga berjaya membuka gerai makanan.
 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Penjualan hanya focus pada offline.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan makanan dan minuman.
 
 
                                                                                      *****

USAHAWAN PERTAMA 2023

KEUSAHAWANAN - NOOR HIDAYU BINTI HARUN 

PENGUSAHA KEDAI MAKAN 

Nama     : Noor Hidayu Binti Harun

Umur      : 44 tahun

Ahli         : 2023

Latar belakang

Puan Noor Hidayu bermula sebagai seorang pembantu kedai dan berniaga secara kecilkecilan
dari rumah. Beliau mengambil tempahan dari pelanggan dan membuat perkhidmatan cash on delivery (COD). Kebiasaannya pada bulan ramadhan beliau akan menumpang gerai peniaga lain untuk berniaga. Suaminya pula bekerja di kedai perabot Benta.
 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pelanggan dan permintaan bertambah, akhirnya Puan Ayu berjaya membuka dan mengusahakan kedai makan sendiri. Suaminya turut berhenti kerja bagi membantu Puan Ayu di kedai. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau kini lebih aktif mempromosikan kedainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.
 

*****

CELIK IT 1 - MUHAMMAD SAPIQRIN BIN HASIBUAN 

CELIK KOMPUTER

Nama     : Muhammad Sapiqrin Bin Hasibuan

Umur      : 12 tahun

Ahli         : 2020

 

Latar belakang

Adik Sapiqrin merupakan seorang anak warganegar indonesia. Beliau tidak bersekeolah kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Namun beliau dibenarkan mengikut kelas KAFA sehingga berumur 11 tahun.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi), adik sapiqrin memenuhi masa lapangnya dengan aktiviti bermain luar bersama-sama rakannya. Sapiqrin juga sering berkunjung ke PEDi mengikut rakanya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Apabila ibunya mengetahui di PEDi menjalankan kelas ICT, ibunya mendaftarkan sebagai ahli PEDi. Dari situ bermulalah seorang yang tidak mempunyai ilmu ICT sehingga beliau berjaya menguasai asas komputer dan kini boleh menghasilkan poster mengikut kreativti sendiri.

 

CELIK IT 2 - NUR ARFA FAHIMA BINTI MOHD ADLAN

CELIK KOMPUTER

Nama     : Nur Arfa Fahima Binti Mohd Adlan

Umur      : 5 tahun

Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Anggaran jarak rumah Fahima ke PEDi adalah 3km yang mengambil masa dalam 3-5 minit. Kebiasaannya Fahima akan ke PEDi mengikuti kelas bersama kakak dan abangnya. Disamping itu, beliau dibimbing melalui kelas komputer kerjasama antara pihak PEDi dan Tabika Kemas Kg Sama yang kebiasaannya dijemput setiap bulan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

- Tiada kemahiran untuk menggunakan komputer dan internet dalam kehisupan seharian dan juga pembelajaran.

- Tiada keupayaan untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelad latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Sama, adik Fahima kini lebih celik IT iaitu mempunyai kefahaman asas fungsi komputer yang mana dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuab pembelajaran dengan cekap dan berkesan. Hasil pendedahan latihan ICT membuktikan dia menunjukkan minat dan memberikan kesan positif perkembangan munda dan pemikiran.

 

*****

USAHAWAN KEDUA 2023

KEUSAHAWANAN - WARDAHTULAINI BINTI TAHARUDIN

AFFILIATE TIKTOK 

Nama     : Wardahtulaini Binti Taharudin

Umur      : 44 tahun

Ahli         : 2023

Latar belakang

Cik Wardah bermula dengan membuka akaun tiktok personal kepada akaun tiktok bisnes.
 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan berikutan beliau baru sahaja menamatkan tingkatan 5 pada tahun 2021 dan tidak menyambung pelajaran ke peringkatan yang lebih tinggi mahupun mempunyai pekerjaan yang tetap.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau berjaya membuka akaun tiktok. Beliau banyak menghasilkan video untuk mempromosikan kedainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100– RM150.

 

*****

CELIK IT 1 - MUHAMMAD FIRASH HAKIM BIN SHAMSUDIN

CELIK KOMPUTER

Nama     : Muhammad Firash Hakim Bin Shamsudin

Umur      : 10 tahun

Ahli         : 2023

 

Latar belakang

Setiap hujung minggu sabtu dan ahad, Firash akan berkunjung ke PEDi Kg. Sama bersama rakan rakannya yang lain. Beliau akan memenuhi ruang masa dengan mengikuti kelas ICT mahupun melayari internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg. Sama

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum ini, beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti luar seperti bermain bola sepak mahupun bermain games menggunakan telefon bimbit miliknya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT dan advokasi yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, membantu Firash meningkatkan ilmunya.

 

CELIK IT 2 - AHMAD SHARIZAT NAUFAL BIN AHMAD FAIZAL

CELIK KOMPUTER

Nama     : Ahmad Sharizat Naufal Bin Ahmad Faizal

Umur      : 7 tahun

Ahli         : 2023

 

Latar belakang

Adik Ahmad Sharizat Naufal bin Ahmad Faizal berusia 7 tahun, bersekolah di SK Ulu Atok

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum ini, adik Sharizat Naufal tinggal di Jerkoh, setelah berpindah di Taman Sama ibunya telah mendaftarkan beliau dan abangnya untuk menjadi ahli PEDi Kg. Sama. Beliau dan abangnya berkunjung ke PEDi setiap hari hanya berjalan kaki, anggaran jarak rumah ke PEDi dalam 0.5km.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Selepas mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi adik Sharizat Naufal banyak mengikuti kelas ICT, Multimedia dan e-pembelajaran. Beliau semakin mahir menggunakan computer seperti menaip dan lain-lain.J

*****

 

SUKU PERTAMA 2021

KEUSAHAWANAN - ROBIAH BINTI WAHAB

PENJUAL KEK COKLAT DAN BARANG KECANTIKAN

Nama     : Rubiah binti Wahab

Umur      : 41 tahun

Ahli         : 2015

Latar belakang

Pn. Robiah menjalankan perniagaan yang berasaskan coklat. Memulakan perniagaan dengan membuat kuih muih sahaja dan kini menghasilkan makanan berasaskan coklat.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Penjualan hanya sekitar kampung dan pendapatan tidak begitu banyak. Sekitar RM600 sahaja.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan makanan berasaskan coklat yang dibuat olehnya dan radius jualan semakin luas berbanding terdahulu.

*****

KEUSAHAWANAN - NUR AZIEMAH BINTI ABDUL AZIZ

MENJUAL MAKANAN DAN KOSMETIK

Nama     : Nur Aziemah Binti Abdul Aziz

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2015

Latar belakang

Pn. Aziemah merupakan ahli PEDi Kg Sama sejak tahun 2015. Berasal dari Kg Melayu Tersusun Jerkoh yang berhampiran dengan kawasan PEDi. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan sekitar RM500 sahaja dan sukar untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sejak adanya perkhidmatan PEDi di kawasan tempat tinggalnya, perniagaannya dikatakan bertambah baik. Perniagaannya sedikit sebanyak diketahui oleh warga setempat dan kawasan yang berdekatan.

*****

CELIK IT - WARDAHTULAINI BINTI TAHARUDIN

CELIK KOMPUTER

Nama     : Wardahtulaini Binti Taharuddin

Umur      : 17 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Adik Wardahtulaini berasal dari Kg Sama telah menjadi ahli PEDi sejak dari tahun 2014. Sekarang berumur 17 tahun dan bersekolah di SMK Benta.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum wujudnya PEDi di Kg Sama, adik Wardahtulaini masih lagi bersekolah rendah dan tiada kemahiran untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi, kini beliau telah berkemahiran untuk menggunakan komputer. Tambahan pula adik Wardahtulaini sering mengunjungi PEDi sewaktu hari cuti secara tidak langsung meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.

*****