AHLI PARLIMEN
Kawasan Parlimen (P079): Lipis YB. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, DIMP., SMP., AMP. Tel. Pejabat: 09-3125505 / 09-3121937 (R) |
ADUN BENTA
DUN Benta N.05 |
PENGHULU MUKIM PENJOM
Encik Arzahar bin Ismail Pejabat Penghulu Mukim Penjom,
|
TOK EMPAT
Encik Mohammad Bin Yaakub ALAMAT Balai Raya Kampung Sama, Benta |
Sumber : https://pdtlipis.pahang.gov.my/info-daerah/parlimen-dan-dun
DAERAH KUALA LIPIS
Kuala Lipis merupakan bandar kecil yang terletak di Negeri Pahang. Bandar ini membangun dan maju selepas pembinaan landasan kereta api tahun 1924. Walaubagaimanapun, pada tahun 1953 ibu negeri telah berpindah ke Kuantan dan Kuala Lipis tidak lagi pesat membangun. Kini kuala Lipis telah menjadi peringatan zaman silam.
Kuala Lipis terletak pada pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai, Kuala Lipis mempunyai latar belakang sejarah yang boleh dibanggakan kerana ia adalah di antara tempat yang mula-mula didiami orang di Negeri Pahang Darul Makmur. Sebelum kedatangan orang Inggeris dalam tahun 1887, Kuala Lipis telah menjadi Pusat Perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan di sekitarnya. Orang Inggeris menjadikan Kuala Lipis Ibu Negeri Pahang Darul Makmur pada penghujung bulan jun 1898 menggantikan Pekan.
Pada 27 Ogos 1955, Ibu Negeri Pahang Darul Makmur dipindahkan ke Kuantan. Sebagai sebuah Bandar yang utama pada masa itu, orang Inggeris memulakan sekolah Inggeris dalam tahun 1913 dikenali dengan nama Sekolah Anglo Chinese. Pada tahun 1929 nama Sekolah Anglo Chinese ditukar kepada Sekolah Clifford sehingga ke hari ini sekolah ini menjadi sebuah insitusi pelajaran yang penting di Negeri Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mendapat namanya daripada Sir Hugh Clifford, Residen British yang kedua di Negeri Pahang Darul Makmur yang tinggal di Kuala Lipis (Rumah Rehat Bukit Residen sekarang ini).
Perkhidmatan keretapi di Kuala Lipis bermula dalam tahun 1924 menyambungkan Kuala Lipis ke Johor Bahru di sebelah selatan dan Cegar Perah, kemudian perkhidmatan keretapi daripada Kuala Lipis disambung ke Tumpat Kelantan di sebelah utara.
Penanda 0km tu berada di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.
PEKAN BENTA
Benta ialah sebuah pekan yang terletak di dalam daerah Lipis, negeri Pahang, Malaysia yang bersempadan dengan daerah Raub. Terletak di tebing Sungai Lipis. Pekan ini menempatkan hentian rehat untuk destinasi ke Kelantan dari Kuala Lumpur.
Sumber : Wikipedia/Benta