KEUSAHAWANAN

Selain dari aktiviti pertanian dan perladangan, terdapat juga penduduk Kg Sama Jerkoh yang menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Melalui penglibatan dalam aktiviti keusahawanan ini memberi manfaat kepada penduduk dengan peningkatan pendapatan isi rumah mereka. Oleh yang demikian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Sama telah bekerjasama dengan Mini RTC Kg. Melayu Jerkoh iaitu mengadakan kursus-kursus keusahawan bagi memberi pendedahan awal kepada komuniti setempat berkenaan keusahawan.

PEDi mendapati ada ada dalam kalangan penduduk kampung yang berpontensi untuk diketengahkan perusahaan yang mereka ceburi. Oleh itu kami pihak PEDi cuba sedaya upaya untuk membantu usahawan-usahawan kecil yang terdiri daripada komuniti setempat untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka. Antara bantuan yang pihak PEDi berikan adalah :

Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

Kursus Keusahawanan

Membantu membuat bunting untuk mempromosikan produk mereka

Mengadakan kelas bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat untuk menambahbaikkan produk mereka

Memperkenalkan produk penduduk melalui pembukaan web site

Mengetengahkan makanan tradisi penduduk

Bengkel Keusahawanan

15259633 1784842721767582 448878925506525975 o 15135789 1784824928436028 7266256008715924612 n

Hasil bengkel fotografi dashboard, petugas PEDi dapat mengajar komuniti cara-cara mengambil gambar produk dengan lebih produktif.

15171292 1784818431770011 8948410945219344408 n 1

Tanpa memerlukan modal peserta hanya perlu membawa produk untuk hasil pengiklanan produk yang lebih komersial.

15232340 1784168741834980 8002105238186261508 n

Suntingan Imej menggunakan software Adobe Photoshop. 

15384451 1790732581178596 6352061063803410327 o

Gambar-gambar yang dihasilkan peserta dipertandingkan dalam program Mini Dashboard PEDi Kampung Sama. Tempat pertama dimenangi oleh Puan Zaliha yang menghasilkan produk bahulu.