The Rish Kitchen merupakan usahawan yang menjual makanan western dan masakan panas yang terletak di Jeram Besu yang merupakan laluan utama pengguna dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Terletak berhampiran tepi laluan utama membuat kedai ini menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam kerana ianya beroperasi pada waktu malam.

Di antara menu menariknya ialah dulang western. Di dalamnya terdapat lamb chop, chicken chop, sosej, nugget, nasi / mi goreng, meatball dan sos lada hitam yang pasti memikat dan jauh lebih murah. Ianya boleh dinikmati dari 3 hingga ke 5 orang sekali hidangan.

Juga menyediakan perkhidmatan cash on delivery. Boleh menghubungi Puan Jue 010-9868746 untuk membuat urusan.

 

Juadah makan tengahari yang sangat murah, ringkas dan menyelerakan iaitu 'Nasi Bajet'. Nasi putih berlaukan ayam goreng berempah disertakan dengan sayur kobis, kuah kari, sambal dan sebungkus air percuma pasti memikat selera pembeli. Harganya sangat murah iaitu RM5.00 sebungkus.   

Lokasi                 : Tapak Pekan Sehari Benta, Kuala Lipis, Pahang(bersebelahan Perpustakaan Awam Benta).

Waktu Operasi    : Setiap hari Isnin hingga Jumaat (10.30 pagi hingga 2.00 petang)

Jenis Premis       : Gerai 

No. Telefon         : 010 5702274

GULA KABUNG

Gula kabung di ambil daripada pokok kabung. Pokok ini sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung boleh menghasilkan sejenis nira yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5meter dan boleh mencecah sehingga 3 meter. Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Pastinya melalui proses yang tertentu sebelum ianya boleh dimakan.

Gula kabung sememangnya tidak asing bagi orang Melayu terutama yang tinggal di pedalaman Negeri Pahang, iaitu di kawasan sekitar Daerah Kuala Lipis. Pengeluar terbesar gula kabung di daerah ini ialah sekitar kawasan kampung di Benta. Gula kabung ini sangat popular digunakan untuk membuat kuih muih. Kebisaanya permintaan gula kabung akan meningkat apabila tibanya musim perayaan dan majlis kenduri kerana untuk penyediaan membuat kuih muih.

Antara kuih muih dan makanan yang menggunakan gula kabung adalah seperti nasi manis, kuih koci, dodol, cendol, pengat dan bermacam jenis lagi. Rasanya sangat berbeza dengan gula merah yang mana gula kabung lebih sedap rasanya. Harga gula kabung ini boleh mencecah antara RM7.00 hingga RM12.00 seketul.