SEJARAH KAMPUNG SAMA

  • RPS Kampung Sama Jerkoh telah diwujudkan bagi menempatkan penduduk yang tinggal berselerak, terutama yang menduduki rumah-rumah terpencil berhampiran hutan dan di dalam kebun getah, disamping memberi peluang kepada mereka yang selama ini tidak memiliki kediaman sendiri.Dengan memindahkan penduduk terpencil dan kawasan strategik pergerakan pengganas komunis dapat dipantau.


  • RPS Jerkoh adalah nama mengikut rekod LKPP. Nama lain bagi RPS Jerkoh ialah Kampung Sama Jerkoh. Ianya dinamakan selaras dengan pengisian peserta yang mencukupi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

    Sejarah penubuhan RPS Jerkoh (Kampung Sama Jerkoh) diwujudkan serentak dengan tiga rancangan yang lain iaitu :

  •  RPS Peruang Lipis 
      RPS Merapoh Lipis
      RPS Sungai Chalit, Raub

 

LKPP Negeri Pahang diberi tanggungjawab untuk mengurus kesemua Rancangan tersebut dengan mendapat peruntukan serta pemantauan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 Tahun Dibuka 

1978 

 Bilangan Rumah

 100

 Dibina LKPP

 100

 

Bilangan Peserta : 100 yang terdiri daripada :

 Melayu

 50

 Cina

 40

 India

 10

 

 Tahun dibuka

 1979 (getah)

 Ditanam semula

 1999/2002 (Kelapa Sawit)

 

Mulai 1998, semua ladang di tadbirkan oleh pihak LKPP Corporation. Peserta dibayar sara hidup bulanan melalui "sistem saham". Pembayaran sara hidup diuruskan oleh pihak LKPP Wilayah Pahang Barat. LKPP Wilayah Pahang Barat juga mentadbir urus hal ehwal peserta termasuk urusan pindahmilik sara hidup dan hal berkaitan, selain daripada ladang.

Sumber : Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang Kuala Lipis Pahang.