SUKU PERTAMA 2021

KEUSAHAWANAN - ROBIAH BINTI WAHAB

PENJUAL KEK COKLAT DAN BARANG KECANTIKAN

Nama     : Rubiah binti Wahab

Umur      : 41 tahun

Ahli         : 2015

Latar belakang

Pn. Robiah menjalankan perniagaan yang berasaskan coklat. Memulakan perniagaan dengan membuat kuih muih sahaja dan kini menghasilkan makanan berasaskan coklat.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Penjualan hanya sekitar kampung dan pendapatan tidak begitu banyak. Sekitar RM600 sahaja.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan makanan berasaskan coklat yang dibuat olehnya dan radius jualan semakin luas berbanding terdahulu.

*****

KEUSAHAWANAN - NUR AZIEMAH BINTI ABDUL AZIZ

MENJUAL MAKANAN DAN KOSMETIK

Nama     : Nur Aziemah Binti Abdul Aziz

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2015

Latar belakang

Pn. Aziemah merupakan ahli PEDi Kg Sama sejak tahun 2015. Berasal dari Kg Melayu Tersusun Jerkoh yang berhampiran dengan kawasan PEDi. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan sekitar RM500 sahaja dan sukar untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sejak adanya perkhidmatan PEDi di kawasan tempat tinggalnya, perniagaannya dikatakan bertambah baik. Perniagaannya sedikit sebanyak diketahui oleh warga setempat dan kawasan yang berdekatan.

*****

CELIK IT - WARDAHTULAINI BINTI TAHARUDIN

CELIK KOMPUTER

Nama     : Wardahtulaini Binti Taharuddin

Umur      : 17 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Adik Wardahtulaini berasal dari Kg Sama telah menjadi ahli PEDi sejak dari tahun 2014. Sekarang berumur 17 tahun dan bersekolah di SMK Benta.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum wujudnya PEDi di Kg Sama, adik Wardahtulaini masih lagi bersekolah rendah dan tiada kemahiran untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi, kini beliau telah berkemahiran untuk menggunakan komputer. Tambahan pula adik Wardahtulaini sering mengunjungi PEDi sewaktu hari cuti secara tidak langsung meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.

*****