SUKU KEEMPAT 2020

KEUSAHAWANAN - NUR SURIATI SYIKIRIN BT SHUKHRIM

PENIAGA KEREPEK, AGEN DROPSHIP DAN MENJUAL TANAH HITAM DALAM PAKET

Nama     : Nur Suriati Syikirin Bt Shukrim

Umur      : 28 tahun

Ahli         : 2011

Latar belakang

Merupakan suri rumah sepenuh masa. Mempunyai tiga orang cahaya mata

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Beliau hanya berniaga secara offline dan mengharapkan jualan dalam laman sosial facebook.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini telah dapat mengembangkan perniagaannya sengan memiliki akaun Shopee. Disamping itu, beliau lebih terdedah dengan kelas keusahawanan seperti pemasaran pengiklanan dan akaun. Dengan bantuan PEDi, sangat membantu beliau meningkatkan diri sebagai usahawan.

*****

KEUSAHAWANAN - AKRAM BIN RAZALI

BERNIAGA SAMBAL HITAM & SAMBAL BUNGA KANTAN

Nama     : Akram Bin Razali

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2018

Latar belakang

Bekerja kampung dan membantu isterinya berniaga menu sarapan pagi dan kuih muih.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar 100.00. Berniaga secara offline dengan tiada kuasa pembeli di kawasan luar bandar agak menyukarkan beliau memasarkan produknya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, kini beliau berjaya membuka akaun Shopee dan mengembangkan pasaran sambal hitam dan bunga kantan.

*****

CELIK IT - Nur Hidayah Bt Zaenuddin

CELIK KOMPUTER

Nama     : Nur Hidayah Bt Zaenuddin

Umur      : 11 tahun

Ahli         : 2016

Latar belakang

Jarak tempat tinggal adik Hidayah ke PEDi sekitar 5km. Menjadi kebiasaan, ibunya akan menghantar Hidayah dan adiknya ke PEDi untuk mengikuti kelas mahupun program yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Berasal dari keluarga yang sederhana, tidak mempunyai gajet mahupun kelengkapan alat digital yang lain. Permainan Hidayah hanyalah bermain dengan rakan sebaya atau menonton televisyen dengan rangkaian asas sahaja iaitu pengguna MyFreeview TV.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau lebih terdedah dengan penggunaan pembelajaran komputer, beliau juga didedahkan dengan panduan keselamatan melayari internet.

*****

 

SUKU KETIGA 2020

KEUSAHAWANAN - Nurul Husna Binti Razali

USAHAWAN SAMBAL HITAM, SAMBAL BUNGA KANTAN & DROPSHIP PAKAIAN WANITA 

Nama     : Nurul Husna Binti Razali

Umur      : 21 tahun

Ahli         : 2020

Latar belakang

Cik Husna merupakan penuntut IPTA  Universiti Utara Malaysia. Beliau menjalankan bisnes secara sambilan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum ini beliau hanya menumpukan perniagaannya di media sosial Facebook dan secara offline.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini dapat meluaskan pasaran atas talian melalui saluran Shopee dan Lazada.

*****

KEUSAHAWANAN - Nor Hazwani Binti Razali

SAMBAL BUNGA KANTAN & SOS PERAP DAPUR PANAS 

Nama     : Nor Hazwani Binti Razali

Umur      : 32 tahun

Ahli         : 2020

Latar belakang

Puan Hazwani adalah seorang guru yang berniaga secara online di media sosial seperti Facebook dan juga lain lain.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada gaji bulanan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini telah memiliki akaun Shopee yang dapat memperkenalkan produk beliau. Pelanggan beliau kini dari seluruh negeri.

*****

CELIK IT - Ahmad Adi Naiediel Bin Ahmad Sira

CELIK KOMPUTER

Nama     : Ahmad Adi Naiediel Bin Ahmad Sira

Umur      : 12 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Adik Adi Naiediel merupakan murid sekolah rendah yang bersekolah di SKJC Jerkoh. Merupakan salah seorang ahli PEDi Kampung Sama, Benta.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Adik Adi tidak mempunyai ilmu ICT dan komputer yang agak baik kerana tidak mempunyai kelengkapan komputer di rumahnya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Kini, beliau yang sudah berusia 12 tahun mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan komputer dan ICT kerana semenjak beliau menjadi ahli PEDi, beliau sering mengunjungi pusat internet untuk menggunakan kemudahan yang ada dan mengikuti kelas yang diadakan.

*****

 

SUKU KEDUA 2020

KEUSAHAWANAN - Siti Norhaiza Binti Abd Halim

USAHAWAN KEDAI MAKAN 

Nama     : Siti Norhaiza Binti Abd Halim

Umur      : 36 tahun

Ahli         : 2018

Latar belakang

Mengusahakan kedai makan di Hentian Rehat & Rawat (R&R)Benta, Pahang yang merupakan perniagaan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan beliau hanya bergantung kepada gaji harian.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau mempunyai produk sendiri iaitu sambal hitam dan mempromosikan produk ibunya kerepek pisang yang mempunyai pelbagai perasa seperti masin dan sira gula.

*****

KEUSAHAWANAN - Norfazilah Binti Nordin

USAHAWAN PRODUK SAMBAL HITAM, DODOL GULA KABUNG DAN KUIH TRADISIONAL

Nama     : Norfazilah Binti Nordin

Umur      : 35 tahun

Ahli         : 2016

Latar belakang

Puan Norfazilah telah menjual sambal hitam dan dodol gula kabung yang diusahakan bersama keluarga secara kecil-kecilan disekitar Kampung Jerkoh sehinggalah ke pasar Benta. Beliau juga merupakan peniaga kecil yang menjual kuih muih tradisional.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dan memuatnaik gambar kuih muih yang dibuat secara harian. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.

*****

CELIK IT - Nur Humaira ‘Aqeelah Binti Mohd Adlan

CELIK KOMPUTER

Nama     : Nur Humaira ‘Aqeelah Binti Mohd Adlan

Umur      : 5 tahun

Ahli         : 2019

Latar belakang

Adik Humaira Aqeelah berusia 5 tahun dan bersekolah di Tabika Kemas Kg.Sama. Beliau mengikuti kelas asas komputer bersama rakan sebaya setiap bulan di Pusat Internet Kampung Sama.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mendaftar sebagai ahli pusat internet, adik Humaira tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di Pusat Internet Kampung Sama adik Humaira lebih mahir menggunakan perkakasan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.

*****
 

SUKU PERTAMA 2020

KEUSAHAWANAN - Ainatul Mardia Bt Abdul Rahman

USAHAWAN KEDAI KEK DAN BAKERI 

Nama     : Ainatul Mardia Bt Abdul Rahman

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2020

Latar belakang

Minat yang mendalam dan bermula dari bisnes kecil-kecilan dengan mengambil tempahan dan membuat penghantaran ke pelanggan dari rumah sehingga berjaya membuka kedai sewa di R&R Benta.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan bersih beliau sekitar RM 100-300 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. sama, beliau kini lebih pandai / memanfaatkan menggunakan platform online facebook dan whatsapp untuk mempromosikan hasil tangan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-1500.

*****

KEUSAHAWANAN - Nur Aziemah Bt Abdul Aziz

USAHAWAN KEDAI KEK DAN BAKERI 

Nama     : Nur Aziemah Bt Abdul Aziz

Umur      : 29 tahun

Ahli         : 2015

Latar belakang

Beliau merupakan bekas penolong pengurus Pusat Internet Kampung Sama. Setelah mendirikan rumah tangga beliau terpaksa berhenti kerja dan mengikut suaminya berpindah ke Subang. Beliau membuka kelas tuisyen matematik dari rumah untuk menambah pendapatan suaminya yang bekerja sebagai jurutera. Namun setelah dikurniakan cahaya mata beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200.00 bergantung kepada pendaftaran pelajar yang mengikuti kelas tuisyen.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas / latihan keusahawanan dan pengalaman beliau bertugas di Pusat Internet Kampung Sama beliau bijak mengambil peluang dengan mendaftarkan diri sebagai agen mamasab bakery. Beliau mempromosikan cake, dessert, cookies dan kambing perap. Pelanggan beliau dari sekitar Subang, Temerloh dan Kuala Lipis.

*****

CELIK IT - Muhammad Raihan Bin Saadun 

CELIK KOMPUTER

Nama     : Muhammad Raihan Bin Saadun

Umur      : 11 tahun

Ahli         : 2018

Latar belakang

Adik Muhammad Raihan merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kg Sama sejak dari tahun 2018. Seringkali mengunjungi pusat internet bersama sama dengan adik beradiknya yang lain ketika mempunyai waktu lapang.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mendaftar salah seorang ahli pusat internet, adik Raihan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer dan internet. Kerana latar belakang keluarga yang hanya sederhana, ia merupakan salah satu faktor kepada situasi yang di alami oleh adik Raihan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas kewujudan pusat internet yang berhampiran dengan rumahnya iaitu Pusat Internet Kg Sama dan selepas menjadi ahli pusat internet, adik Raihan kini boleh menggunakan komputer dan mempunyai pengetahuan tentang penggunaan komputer serta penggunaan internet.

*****