SUKU KEEMPAT 2019
KEUSAHAWANAN - Puan Shafiza Bt Shafei
USAHAWAN MAKANAN DAN PRODUK KOSMETIK
Nama : Noor Shafiza Bt Shafei
Umur : 31 tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Puan Shafiza yang berumur 31 tahun merupakan penduduk Kampung Sama yang mempunyai latar belakang keluarga yang hidup secara sederhana. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan hidup bersama suaminya. Sering menolong ibunya di gerai dan suaminya pula bekerja sendiri yang berpendapatan kecil.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Semua aktiviti banyak dihabiskan hanya dengan membantu ibunya yang berniaga secara kecil- kecilan dengan membuka gerai makan pagi. Pendapatannya sekeluarganya juga sedikit sebanyak oleh suaminya.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Dengan wujudnya PEDi di kampung yang menjadi tempat tinggalnya, Pn Shafiza telah banyak mempelajari ilmu berkaitan teknologi maklumat antaranya penggunaan komputer dan cara memanfaatkan internet.
*****
KEUSAHAWANAN - Nur Maliza Binti Maniami
USAHAWAN MAKANAN
Nama : Nur Maliza Binti Maniami
Umur : 32 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Merupakan pengusaha kedai makanan sarapan pagi, tengah hari dan petang.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan PEDi, perniagaan Pn Maliza tidak diketahui ramai kerana beliau tidak mempromosikan perniagaannya secara meluas.
Selepas penggunaan ICT /Penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Kg.Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri. Dengan adanya laman social Facebook beliau dapat mempromosikan produk dan diketahui ramai.
*****
CELIK IT - Muhammad Rafie Bin Saadun
CELIK IT
Nama : Muhammad Rafie Bin Saadun
Umur : 9 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Adik Rafie berumur 9 tahun dan masih bersekolah rendah di sekitar Jerkoh. Sering menghabiskan waktu dengan bermain di kawasan sekitar tempat tinggal bersama dengan adik beradik dan juga kawan-kawannya.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini, semua perkara dan urusan melibatkan penggunaan sistem atas talian yang boleh diakses melalui telefon pintar/komputer. Tetapi masalah yang dihadapi oleh adik Rafie ialah beliau masih lagi berada pada tahap yang rendah tentang perkara yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Setelah mendaftarkan diri menjadi ahli pusat internet, sekarang adik Rafie boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang sudah celik IT. Adik Rafie kini pandai menggunakan dan mengakses komputer.
*****
SUKU KETIGA 2019
KEUSAHAWANAN - Zurina Binti Sulong
USAHAWAN KEK MARBLE
Nama : Zurina Binti Sulong
Umur : 51 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa dan mempunyai minat yang mendalam dalam membuat kek dan masakan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Minat beliau yang mendalam dalam masakan telah membuka mindanya untuk mempunyai perniagaan sendiri. Pada awal penglibatan beliau sekadar suka suka dan menerima tempahan dari jiran.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan beliau kini mencecah sehingga RM500.00 mengikut tempahan yang diterima dari pelanggan.
*****
KEUSAHAWANAN - Aida Syurianty Zakaria
USAHAWAN MAKANAN BERASASKAN SUP
Nama : Aida Syurianty Zakaria
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan berasaskan sup antaranya ialah bubur, kuey teow sup, bihun sup, mee sup dan soto. Kini beliau memilih rakan kongsi dengan meluaskan perniagaan mengusahakan kedai makan dengan menu utama somtam.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 - RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT. Beliau kini telah mahir memuat naik gambar ke laman sosial beliau iaitu Facebook. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui akaun Facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 - RM1500.
*****
CELIK IT - Yeow Zong Zheng
CELIK KOMPUTER
Nama : Yeow Zong Zheng
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Yeow Zong Zheng merupakan murid tahun enam dan akan menduduki peperiksaan UPSR. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai salah seorang ahli pusat internet sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi. Adik Zong Zheng mengambil peluang mengikuti kelas di PEDi pada setiap hari sabtu dan ahad.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini Zong Zheng tidak didedahkan dengan penggunaan ICT berikutan jadual harian beliau dipenuhi dengan dengan kelas di sekolah
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Sama, beliau kini lebih berkemahiran menggunakan komputer.
*****
SUKU KEDUA 2019
KEUSAHAWANAN - Sakinah Binti Mat Ali
TEMPAHAN KUIH MUIH DAN DAN SAMBAL HITAM
Nama : Sakinah Binti Mat Ali
Umur : 50 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Sakinah merupakan suri rumah sepenuh masa. Suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Masjid Besar Kuala Lipis. Mempunyai empat orang anak. Anaknya ada yang sudah bekerja dan ada yang masih melanjutkan pelajaran di universiti.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Beliau hanya bergantung kepada pendapatan suaminya.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini mempunyai akaun laman sosial Facebook sendiri. Kini beliau mahir menggunakan internet untuk menjadikan sumber rujukan mencari resepi. Selain daripada itu, beliau berjaya menjana pendapatan melalui promosi di laman sosial Facebook tersebut.
*****
KEUSAHAWANAN - Nurul Huda Binti Zainudin
BISKUT RAYA DAN BARANGAN KOSMETIK
Nama : Nurul Huda Binti Zainudin
Umur : 33 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa dan menerima tempahan biskut raya.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan beliau sekitar lingkungan RM200 sahaja.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama,beliau kini telah memiliki akaun Facebook sendiri. Dengan adanya Facebook beliau dapat mempromosikan produk. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat kepada RM500 dalam satu satu masa.
*****
CELIK IT - Ahmad Bin Adam
CELIK KOMPUTER
Nama : Ahmad Bin Adam
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Ahmad merupakan murid tahun tiga (3) Sekolah Kebangsaan (SK) Benta. Beliau anak kedua (2) dari enam (6) orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Benta manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Pada hujung minggu mahupun cuti sekolah beliau rajin membantu bapanya ke kebun untuk memberi rumput yang telah dipotong kepada lembu. Dimasa lapang juga Ahmad banyak menghabiskan masa ke Pusat Internet Kampung Sama bersama kakak dan adik-adiknya berikutan jarak rumahnya ke Pusat Internet (PI) pula adalah hanya berselangkan satu biji rumah, dan hanya berjalan kaki untuk sampai.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum adanya PEDi, Ahmad tidak didedahkan dengan penggunaan ICT berikutan pelbagai kekangan antaranya dari segi kewangan dan juga pengangkutan.
Selapas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau lebih terdedah kepada penggunaan ICT. Beliau banyak mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi. Antara kelas yang beliau ikuti ialah kelas Microsoft office dan penggunaan internet.
*****
SUKU PERTAMA 2019
KEUSAHAWANAN - Farah Allya Naziera
PRODUK KECANTIKAN MASKER KUNYIT
Nama : Farah Allya Naziera Binti Abdul Rahman
Umur : 19 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Merupakan anak sulung, dan bertanggungjawab membantu ibunya membesarkan adik-adiknya. Ayahnya telah meninggal dunia sejak 4 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini beliau hanya membantu ibunya berniaga kecil kecilan menjual kuih-muih seperti donut dan lain lain. minat beliau yang mendalam dalam bidang keusahawanan telah membuka mindanya untuk membuka bisnes sendiri.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 hingga RM1000.00 bergantung kepada permintaan pelanggan.
*****
KEUSAHAWANAN - Juliana Md Yusin
USAHAWAN MASAKAN DAN MINUMAN
Nama : Juliana binti Md Yusin
Umur : 30 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Berasal dari negeri Johor dan mendirikan rumah tangga dengan anak jati tempatan. Menjalankan bisnes masakan di gerainya yang terletak di Jeram Besu yang bertemakan masakan barat.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum penggunaan ICT, perniagaannya kurang mendapat sambutan berikutan kedainya yang jauh dari kawasan penduduk.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Aktiviti promosi dari pusat internet meningkatkan lebih ramai pelanggan beliau. Selain dari itu, dia juga mempelajari cara membuat pemasaran atas talian melalui platform laman sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi. Ternyata dengan adanya penggunaan ICT / PEDi, ianya dapat membantu mempromosikan produk.
*****
CELIK IT - Siti Khadijah
CELIK KOMPUTER
Nama : Siti Khadijah binti Mohd Adam
Umur : 10 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Adik Siti Khadijah merupakan anak sulung dari enam adik beradik. Seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Rumahnya terletak berhampiran dengan PEDi Kg Sama. Namun jadual persekolahan yang padat dari awal pagi hingga ke petang menyebabkan kekangan kepada adik Siti Khadijah untuk mengunjungi PEDi Kg Sama setiap hari. Kebiasaannya adik Siti Khadijah mengambil peluang mengikuti kelas di PEDi setiap hari sabtu dan ahad. Sikapnya yang suka bertanya dan cepat mengambil peluang untuk belajar amatlah disenangi oleh petugas PEDi.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Walaupun adik Siti Khadijah telah mendaftar menjadi ahli PEDi sejak tahun 2015 namun beliau jarang untuk mengikuti kelas mahupun melayari internet disebabkan oleh sikapnya yang bertanggungjawab dan membantu ibunya menguruskan urusan di rumah.
Selepas penggunaan ICT / PI
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini lebih berkemahiran dan menjadi celik IT. Selepas adanya penggunaan ICT / PEDi ini, beliau dapat mempelajari cara melayari dan menggunakan internet, mencari sumber pelajaran di internet. Selain itu, PEDi juga memberi kelas belajar dan memberi tunjuk ajar menggunakan internet.
*****