SUKU KEEMPAT 2020
KEUSAHAWANAN - NUR SURIATI SYIKIRIN BT SHUKHRIM
PENIAGA KEREPEK, AGEN DROPSHIP DAN MENJUAL TANAH HITAM DALAM PAKET
Nama : Nur Suriati Syikirin Bt Shukrim
Umur : 28 tahun
Ahli : 2011
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa. Mempunyai tiga orang cahaya mata
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Beliau hanya berniaga secara offline dan mengharapkan jualan dalam laman sosial facebook.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini telah dapat mengembangkan perniagaannya sengan memiliki akaun Shopee. Disamping itu, beliau lebih terdedah dengan kelas keusahawanan seperti pemasaran pengiklanan dan akaun. Dengan bantuan PEDi, sangat membantu beliau meningkatkan diri sebagai usahawan.
*****
KEUSAHAWANAN - AKRAM BIN RAZALI
BERNIAGA SAMBAL HITAM & SAMBAL BUNGA KANTAN
Nama : Akram Bin Razali
Umur : 30 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Bekerja kampung dan membantu isterinya berniaga menu sarapan pagi dan kuih muih.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar 100.00. Berniaga secara offline dengan tiada kuasa pembeli di kawasan luar bandar agak menyukarkan beliau memasarkan produknya.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, kini beliau berjaya membuka akaun Shopee dan mengembangkan pasaran sambal hitam dan bunga kantan.
*****
CELIK IT - Nur Hidayah Bt Zaenuddin
CELIK KOMPUTER
Nama : Nur Hidayah Bt Zaenuddin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Jarak tempat tinggal adik Hidayah ke PEDi sekitar 5km. Menjadi kebiasaan, ibunya akan menghantar Hidayah dan adiknya ke PEDi untuk mengikuti kelas mahupun program yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Berasal dari keluarga yang sederhana, tidak mempunyai gajet mahupun kelengkapan alat digital yang lain. Permainan Hidayah hanyalah bermain dengan rakan sebaya atau menonton televisyen dengan rangkaian asas sahaja iaitu pengguna MyFreeview TV.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau lebih terdedah dengan penggunaan pembelajaran komputer, beliau juga didedahkan dengan panduan keselamatan melayari internet.
*****
SUKU KETIGA 2020
KEUSAHAWANAN - Nurul Husna Binti Razali
USAHAWAN SAMBAL HITAM, SAMBAL BUNGA KANTAN & DROPSHIP PAKAIAN WANITA
Nama : Nurul Husna Binti Razali
Umur : 21 tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Cik Husna merupakan penuntut IPTA Universiti Utara Malaysia. Beliau menjalankan bisnes secara sambilan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Sebelum ini beliau hanya menumpukan perniagaannya di media sosial Facebook dan secara offline.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini dapat meluaskan pasaran atas talian melalui saluran Shopee dan Lazada.
*****
KEUSAHAWANAN - Nor Hazwani Binti Razali
SAMBAL BUNGA KANTAN & SOS PERAP DAPUR PANAS
Nama : Nor Hazwani Binti Razali
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Puan Hazwani adalah seorang guru yang berniaga secara online di media sosial seperti Facebook dan juga lain lain.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada gaji bulanan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini telah memiliki akaun Shopee yang dapat memperkenalkan produk beliau. Pelanggan beliau kini dari seluruh negeri.
*****
CELIK IT - Ahmad Adi Naiediel Bin Ahmad Sira
CELIK KOMPUTER
Nama : Ahmad Adi Naiediel Bin Ahmad Sira
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Adik Adi Naiediel merupakan murid sekolah rendah yang bersekolah di SKJC Jerkoh. Merupakan salah seorang ahli PEDi Kampung Sama, Benta.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Adik Adi tidak mempunyai ilmu ICT dan komputer yang agak baik kerana tidak mempunyai kelengkapan komputer di rumahnya.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Kini, beliau yang sudah berusia 12 tahun mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan komputer dan ICT kerana semenjak beliau menjadi ahli PEDi, beliau sering mengunjungi pusat internet untuk menggunakan kemudahan yang ada dan mengikuti kelas yang diadakan.
*****
SUKU KEDUA 2020
KEUSAHAWANAN - Siti Norhaiza Binti Abd Halim
USAHAWAN KEDAI MAKAN
Nama : Siti Norhaiza Binti Abd Halim
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Mengusahakan kedai makan di Hentian Rehat & Rawat (R&R)Benta, Pahang yang merupakan perniagaan keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan beliau hanya bergantung kepada gaji harian.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mempunyai produk sendiri iaitu sambal hitam dan mempromosikan produk ibunya kerepek pisang yang mempunyai pelbagai perasa seperti masin dan sira gula.
*****
KEUSAHAWANAN - Norfazilah Binti Nordin
USAHAWAN PRODUK SAMBAL HITAM, DODOL GULA KABUNG DAN KUIH TRADISIONAL
Nama : Norfazilah Binti Nordin
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Puan Norfazilah telah menjual sambal hitam dan dodol gula kabung yang diusahakan bersama keluarga secara kecil-kecilan disekitar Kampung Jerkoh sehinggalah ke pasar Benta. Beliau juga merupakan peniaga kecil yang menjual kuih muih tradisional.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dan memuatnaik gambar kuih muih yang dibuat secara harian. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.
CELIK IT - Nur Humaira ‘Aqeelah Binti Mohd Adlan
CELIK KOMPUTER
Nama : Nur Humaira ‘Aqeelah Binti Mohd Adlan
Umur : 5 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Adik Humaira Aqeelah berusia 5 tahun dan bersekolah di Tabika Kemas Kg.Sama. Beliau mengikuti kelas asas komputer bersama rakan sebaya setiap bulan di Pusat Internet Kampung Sama.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum mendaftar sebagai ahli pusat internet, adik Humaira tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di Pusat Internet Kampung Sama adik Humaira lebih mahir menggunakan perkakasan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.
SUKU PERTAMA 2020
KEUSAHAWANAN - Ainatul Mardia Bt Abdul Rahman
USAHAWAN KEDAI KEK DAN BAKERI
Nama : Ainatul Mardia Bt Abdul Rahman
Umur : 30 tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Minat yang mendalam dan bermula dari bisnes kecil-kecilan dengan mengambil tempahan dan membuat penghantaran ke pelanggan dari rumah sehingga berjaya membuka kedai sewa di R&R Benta.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bersih beliau sekitar RM 100-300 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. sama, beliau kini lebih pandai / memanfaatkan menggunakan platform online facebook dan whatsapp untuk mempromosikan hasil tangan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-1500.
*****
KEUSAHAWANAN - Nur Aziemah Bt Abdul Aziz
USAHAWAN KEDAI KEK DAN BAKERI
Nama : Nur Aziemah Bt Abdul Aziz
Umur : 29 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Beliau merupakan bekas penolong pengurus Pusat Internet Kampung Sama. Setelah mendirikan rumah tangga beliau terpaksa berhenti kerja dan mengikut suaminya berpindah ke Subang. Beliau membuka kelas tuisyen matematik dari rumah untuk menambah pendapatan suaminya yang bekerja sebagai jurutera. Namun setelah dikurniakan cahaya mata beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200.00 bergantung kepada pendaftaran pelajar yang mengikuti kelas tuisyen.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas / latihan keusahawanan dan pengalaman beliau bertugas di Pusat Internet Kampung Sama beliau bijak mengambil peluang dengan mendaftarkan diri sebagai agen mamasab bakery. Beliau mempromosikan cake, dessert, cookies dan kambing perap. Pelanggan beliau dari sekitar Subang, Temerloh dan Kuala Lipis.
*****
CELIK IT - Muhammad Raihan Bin Saadun
CELIK KOMPUTER
Nama : Muhammad Raihan Bin Saadun
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Adik Muhammad Raihan merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kg Sama sejak dari tahun 2018. Seringkali mengunjungi pusat internet bersama sama dengan adik beradiknya yang lain ketika mempunyai waktu lapang.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum mendaftar salah seorang ahli pusat internet, adik Raihan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer dan internet. Kerana latar belakang keluarga yang hanya sederhana, ia merupakan salah satu faktor kepada situasi yang di alami oleh adik Raihan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas kewujudan pusat internet yang berhampiran dengan rumahnya iaitu Pusat Internet Kg Sama dan selepas menjadi ahli pusat internet, adik Raihan kini boleh menggunakan komputer dan mempunyai pengetahuan tentang penggunaan komputer serta penggunaan internet.
*****
SUKU KEEMPAT 2019
KEUSAHAWANAN - Puan Shafiza Bt Shafei
USAHAWAN MAKANAN DAN PRODUK KOSMETIK
Nama : Noor Shafiza Bt Shafei
Umur : 31 tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Puan Shafiza yang berumur 31 tahun merupakan penduduk Kampung Sama yang mempunyai latar belakang keluarga yang hidup secara sederhana. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan hidup bersama suaminya. Sering menolong ibunya di gerai dan suaminya pula bekerja sendiri yang berpendapatan kecil.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Semua aktiviti banyak dihabiskan hanya dengan membantu ibunya yang berniaga secara kecil- kecilan dengan membuka gerai makan pagi. Pendapatannya sekeluarganya juga sedikit sebanyak oleh suaminya.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Dengan wujudnya PEDi di kampung yang menjadi tempat tinggalnya, Pn Shafiza telah banyak mempelajari ilmu berkaitan teknologi maklumat antaranya penggunaan komputer dan cara memanfaatkan internet.
*****
KEUSAHAWANAN - Nur Maliza Binti Maniami
USAHAWAN MAKANAN
Nama : Nur Maliza Binti Maniami
Umur : 32 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Merupakan pengusaha kedai makanan sarapan pagi, tengah hari dan petang.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan PEDi, perniagaan Pn Maliza tidak diketahui ramai kerana beliau tidak mempromosikan perniagaannya secara meluas.
Selepas penggunaan ICT /Penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Kg.Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri. Dengan adanya laman social Facebook beliau dapat mempromosikan produk dan diketahui ramai.
*****
CELIK IT - Muhammad Rafie Bin Saadun
CELIK IT
Nama : Muhammad Rafie Bin Saadun
Umur : 9 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Adik Rafie berumur 9 tahun dan masih bersekolah rendah di sekitar Jerkoh. Sering menghabiskan waktu dengan bermain di kawasan sekitar tempat tinggal bersama dengan adik beradik dan juga kawan-kawannya.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini, semua perkara dan urusan melibatkan penggunaan sistem atas talian yang boleh diakses melalui telefon pintar/komputer. Tetapi masalah yang dihadapi oleh adik Rafie ialah beliau masih lagi berada pada tahap yang rendah tentang perkara yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Setelah mendaftarkan diri menjadi ahli pusat internet, sekarang adik Rafie boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang sudah celik IT. Adik Rafie kini pandai menggunakan dan mengakses komputer.
*****
SUKU KETIGA 2019
KEUSAHAWANAN - Zurina Binti Sulong
USAHAWAN KEK MARBLE
Nama : Zurina Binti Sulong
Umur : 51 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa dan mempunyai minat yang mendalam dalam membuat kek dan masakan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Minat beliau yang mendalam dalam masakan telah membuka mindanya untuk mempunyai perniagaan sendiri. Pada awal penglibatan beliau sekadar suka suka dan menerima tempahan dari jiran.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan beliau kini mencecah sehingga RM500.00 mengikut tempahan yang diterima dari pelanggan.
*****
KEUSAHAWANAN - Aida Syurianty Zakaria
USAHAWAN MAKANAN BERASASKAN SUP
Nama : Aida Syurianty Zakaria
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan berasaskan sup antaranya ialah bubur, kuey teow sup, bihun sup, mee sup dan soto. Kini beliau memilih rakan kongsi dengan meluaskan perniagaan mengusahakan kedai makan dengan menu utama somtam.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 - RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT. Beliau kini telah mahir memuat naik gambar ke laman sosial beliau iaitu Facebook. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui akaun Facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 - RM1500.
*****
CELIK IT - Yeow Zong Zheng
CELIK KOMPUTER
Nama : Yeow Zong Zheng
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Yeow Zong Zheng merupakan murid tahun enam dan akan menduduki peperiksaan UPSR. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai salah seorang ahli pusat internet sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi. Adik Zong Zheng mengambil peluang mengikuti kelas di PEDi pada setiap hari sabtu dan ahad.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini Zong Zheng tidak didedahkan dengan penggunaan ICT berikutan jadual harian beliau dipenuhi dengan dengan kelas di sekolah
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Sama, beliau kini lebih berkemahiran menggunakan komputer.
*****
SUKU KEDUA 2019
KEUSAHAWANAN - Sakinah Binti Mat Ali
TEMPAHAN KUIH MUIH DAN DAN SAMBAL HITAM
Nama : Sakinah Binti Mat Ali
Umur : 50 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Sakinah merupakan suri rumah sepenuh masa. Suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Masjid Besar Kuala Lipis. Mempunyai empat orang anak. Anaknya ada yang sudah bekerja dan ada yang masih melanjutkan pelajaran di universiti.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Beliau hanya bergantung kepada pendapatan suaminya.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini mempunyai akaun laman sosial Facebook sendiri. Kini beliau mahir menggunakan internet untuk menjadikan sumber rujukan mencari resepi. Selain daripada itu, beliau berjaya menjana pendapatan melalui promosi di laman sosial Facebook tersebut.
*****
KEUSAHAWANAN - Nurul Huda Binti Zainudin
BISKUT RAYA DAN BARANGAN KOSMETIK
Nama : Nurul Huda Binti Zainudin
Umur : 33 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Merupakan suri rumah sepenuh masa dan menerima tempahan biskut raya.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan beliau sekitar lingkungan RM200 sahaja.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama,beliau kini telah memiliki akaun Facebook sendiri. Dengan adanya Facebook beliau dapat mempromosikan produk. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat kepada RM500 dalam satu satu masa.
*****
CELIK IT - Ahmad Bin Adam
CELIK KOMPUTER
Nama : Ahmad Bin Adam
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Ahmad merupakan murid tahun tiga (3) Sekolah Kebangsaan (SK) Benta. Beliau anak kedua (2) dari enam (6) orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Benta manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Pada hujung minggu mahupun cuti sekolah beliau rajin membantu bapanya ke kebun untuk memberi rumput yang telah dipotong kepada lembu. Dimasa lapang juga Ahmad banyak menghabiskan masa ke Pusat Internet Kampung Sama bersama kakak dan adik-adiknya berikutan jarak rumahnya ke Pusat Internet (PI) pula adalah hanya berselangkan satu biji rumah, dan hanya berjalan kaki untuk sampai.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum adanya PEDi, Ahmad tidak didedahkan dengan penggunaan ICT berikutan pelbagai kekangan antaranya dari segi kewangan dan juga pengangkutan.
Selapas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau lebih terdedah kepada penggunaan ICT. Beliau banyak mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi. Antara kelas yang beliau ikuti ialah kelas Microsoft office dan penggunaan internet.
*****
SUKU PERTAMA 2019
KEUSAHAWANAN - Farah Allya Naziera
PRODUK KECANTIKAN MASKER KUNYIT
Nama : Farah Allya Naziera Binti Abdul Rahman
Umur : 19 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Merupakan anak sulung, dan bertanggungjawab membantu ibunya membesarkan adik-adiknya. Ayahnya telah meninggal dunia sejak 4 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini beliau hanya membantu ibunya berniaga kecil kecilan menjual kuih-muih seperti donut dan lain lain. minat beliau yang mendalam dalam bidang keusahawanan telah membuka mindanya untuk membuka bisnes sendiri.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 hingga RM1000.00 bergantung kepada permintaan pelanggan.
*****
KEUSAHAWANAN - Juliana Md Yusin
USAHAWAN MASAKAN DAN MINUMAN
Nama : Juliana binti Md Yusin
Umur : 30 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Berasal dari negeri Johor dan mendirikan rumah tangga dengan anak jati tempatan. Menjalankan bisnes masakan di gerainya yang terletak di Jeram Besu yang bertemakan masakan barat.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum penggunaan ICT, perniagaannya kurang mendapat sambutan berikutan kedainya yang jauh dari kawasan penduduk.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Aktiviti promosi dari pusat internet meningkatkan lebih ramai pelanggan beliau. Selain dari itu, dia juga mempelajari cara membuat pemasaran atas talian melalui platform laman sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi. Ternyata dengan adanya penggunaan ICT / PEDi, ianya dapat membantu mempromosikan produk.
*****
CELIK IT - Siti Khadijah
CELIK KOMPUTER
Nama : Siti Khadijah binti Mohd Adam
Umur : 10 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Adik Siti Khadijah merupakan anak sulung dari enam adik beradik. Seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Rumahnya terletak berhampiran dengan PEDi Kg Sama. Namun jadual persekolahan yang padat dari awal pagi hingga ke petang menyebabkan kekangan kepada adik Siti Khadijah untuk mengunjungi PEDi Kg Sama setiap hari. Kebiasaannya adik Siti Khadijah mengambil peluang mengikuti kelas di PEDi setiap hari sabtu dan ahad. Sikapnya yang suka bertanya dan cepat mengambil peluang untuk belajar amatlah disenangi oleh petugas PEDi.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Walaupun adik Siti Khadijah telah mendaftar menjadi ahli PEDi sejak tahun 2015 namun beliau jarang untuk mengikuti kelas mahupun melayari internet disebabkan oleh sikapnya yang bertanggungjawab dan membantu ibunya menguruskan urusan di rumah.
Selepas penggunaan ICT / PI
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini lebih berkemahiran dan menjadi celik IT. Selepas adanya penggunaan ICT / PEDi ini, beliau dapat mempelajari cara melayari dan menggunakan internet, mencari sumber pelajaran di internet. Selain itu, PEDi juga memberi kelas belajar dan memberi tunjuk ajar menggunakan internet.
*****
SUKU KETIGA 2017
KEUSAHAWANAN - Robiah binti Wahab
BERNIAGA KUIH MUIH TRADISIONAL
Nama : Robiah binti Wahab
Umur : 37 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Puan Robiah merupakan ibu tunggal kepada 5orang anak. Suami beliau telah meninggal 3 tahun lepas berpunca dari kemalangan jalan raya. Selepas kejadian tersebut beliau membuat keputusan untuk pulang ke kampung arwah suami (Kampung Kuala Atok-tempat tinggal sekarang) yang mana sebelum ini mereka menyewa di Kuala Lumpur.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau sekitar 100 dan bergantung kepada duit pampasan hasil peninggalan arwah suami.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Beliau bangkit bangun demi anak-anak, kini beliau berniaga di gerai dan menerima tempahan secara online. Beliau menggunakan PEDi sebagai tempat menambah ilmu dan mengakses internet.
*****
KEUSAHAWANAN - Siti Zaliha binti Jaafar
USAHAWAN KUIH BAHULU
Nama : Siti Zaliha binti Jaafar
Umur : 49 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Sebelum ini Pn. Zaliha bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat yang mengusahakan barang-barang pembinaan iaitu syarikat Benta Jaya Sdn Bhd. Kini beliau lebih selesa bekerja sendiri dengan mengusahakan bahulu.
Bahulu beliau mempunyai pelbagai perisa antaranya original, pandan dan coklat. Bagi penggemar bahulu seperti kebiasaannnya mereka akan mengulang tempahan (repeat order). Tekstur bahulunya lebih lembut dan tahan lama berbanding bahulu yang berada dipasaran luar. Ini berikutan Pn. Zaliha menyediakan secara tradisional dan resepinya yang turun temurun.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini bahulunya hanya dikenali oleh kenalan rapat dan dihebah melalui mulut ke mulut.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Selepas penggunaan ICT dan melibatkan diri di PEDi beliau diajar menggunakan komputer dan membuka akaun facebook bagi memasarkan produk beliau. Pendapatan dan permintaan meningkat hasil promosi beliau terutama di musim perayaan. Kini pendapatannya mencecah dari RM 200.00 ke RM1000.00 sebulan.
*****
CELIK IT - Mohamad Izul Fazrin Bin Azhar
PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET
Nama : Mohamad Izul Fazrin Bin Azhar
Umur : 16 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Adik Izul merupakan anak bongsu dari 4 orang adik beradik dan tinggal di Kampung Ulu Atok. Perjalanan adik ini ke PEDi Kampung Sama mengambil masa dalam 15-20 minit dengan menaiki motosikal.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum menggunakan perkhidmatan di PI beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti luar seperti melepak dan berjalan menaiki motor tanpa arah tujuan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Kewujudan PEDi banyak membantu anak-anak kampung ini celik IT. Adik Izul tidak terkecuali dalam penglibatan aktiviti mahupun program yang dijalankan di PEDi. Masa terluang beliau banyak menghabiskan masa di PEDi untuk mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan mahupun mencari bahan-bahan untuk mata pelajaran tertentu.
*****
SUKU KEDUA 2017
KEUSAHAWANAN - Norfazilah binti Nordin
PRODUK SAMBAL HITAM DAN DODOL GULA KABUNG
Nama : Norfazilah binti Nordin
Umur : 32 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Puan Norfazilah telah menjual sambal hitam dan dodol gula kabung yang diusahakan bersama keluarga secara kecil-kecilan disekitar Kampung Jerkoh sehinggalah ke pasar Benta. Beliau juga merupakan peniaga kecil yang menjual kuih muih tradisional.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dan memuatnaik gambar kuih muih yang dibuat secara harian. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.
*****
KEUSAHAWANAN - Nur Aliah Binti Abdullah
PERNIAGAAN KEDAI MAKAN
Nama : Nur Aliah Binti Abdullah
Umur : 33 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Nur Aliah merupakan seorang peniaga kedai makanan. Beliau mengusahakan bersama kawan rapatnya iaitu Puan Rosnidar. Sebelum ini beliau mengusahakan secara kecil-kecilan iaitu berniaga hanya gerai di depan rumah.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Benta, Kuala Lipis dan sehinggalah Raub yang mana mereka mengetahui pelbagai menu juadah yang disediakan . Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.
*****
CELIK IT - M. Luqman Hakim bin Abdul Razak
MENGGUNAKAN INTERNET MENCARI MAKLUMAT
Nama : M. Luqman Hakim bin Abdul Razak
Umur : 15 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Adik Luqman merupakan anak bongsu dari 4adik beradik. Berumur 15tahun. Ibunya merupakan seorang tukang jahit di rumah yang mengambil upah sekitar kampung Jerkoh dan Benta. Ayahnya pula sudah meninggal dunia sejak beliau dibangku sekolah rendah lagi iaitu semasa beliau berusia 7tahun.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum ini luqman banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak bersama kawan-kawan mahupun menonton movie dan bermain permainan video di rumah.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah banyak menghabiskan masa di sekolah dan PEDi sahaja. Beliau turut mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di PEDi seperti Program Literasi ICT yang menjalankan bengkel Skrip Ke Skrin.
*****
SUKU PERTAMA 2017
KEUSAHAWANAN - Puan Che Hasnida
TUISYEN DI RUMAH
Nama : Puan Che Hasnida Abd Hamid
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Che Hasnida juga mesra dengan panggilan Kak Nida merupakan salah seorang usahawan yang turut serta dalam penglibatan/aktiviti yang dijalankan di PEDi. Ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan lepasan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Utara Malaysia). Beliau pernah berkhidmat dalam Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai penolong pegawai kesatria. Selain itu beliau pernah mengusahakan butik pakaian wanita. Pengalaman beliau dalam turun naiknya perniagaan mengajar beliau tentang erti pahit manis mengusahakannya. Kini beliau beralih bidang perniagaan iaitu dari butik pakaian kepada tuisyen di rumah berikutan pasaran pakaian di Pekan Benta ini kurang mendapat sambutan.Selepas mengikuti kelas INTEL beliau banyak mempelajari kesilapan dalam menguruskan perniagaannya sebelum ini.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan sebelum ini hanya 1000 kebawah.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan tuisyennya. Beliau juga kini telah membuka cawangan dan mengambil pembantu untuk meluaskan lagi tuisyen beliau. Sebelum ini beliau lebih menfokuskan kasawan sekitar benta namun kini beliau sudah mempunyai pelajar sekitar raub dan bercadang meluaskan tuisyennya ke seluruh daerah dalam Pahang dengan mempunyai pekerja di setiap daerah dan hanya memantau pergerakan prestasi pelajar.
*****
KEUSAHAWANAN - Puan Nur Aziemah
BISNES GAJET ATAS TALIAN
Nama : Nur Aziemah Binti Abd Aziz
Umur : 26 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Sebelum ini Puan Aziemah berniaga kerepek secara kecil-kecilan di sekitar Kg.Sama dan mengambil tempahan semasa musim perayaan. Kerepek beliau turut dijual di pasar Benta yang merupakan pasar mingguan dan tumpuan penduduk di sini. Kini setelah beliau berpindah mengikut suaminya ke bandar Shah Alam beliau memasarkan pula produk gajet secara online. Ternyata produk gajet beliau mendapat sambutan.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Pelanggan bulanan adalah terdiri daripada rakan-rakan terdekat dan penduduk kampung.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.Sama, Puan Aziemah telah menggunakan akuan facebook dan Instagram untuk mempromosikan jualan kerepek dan gadget beliau.
*****
CELIK IT - Muhd Faizudin
BELAJAR MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE
Nama : Muhd Faizudin Bin Shafei
Umur : 17 tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Adik Muhd Faizuddin merupakan ketua pelajar SMK Benta yang juga pelajar cemerlang PT3 tahun 2015. Kejayaan dalam pembelajaran beliau turut dibantu oleh PEDi Kampung Sama.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan perkhidmatan di PEDi beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti luar.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
PEDi Kampung Sama beroperasi pada hujung tahun 2013. Kewujudan PEDi banyak membantu anak-anak kampung ini celik IT. Adik Faiz tidak terkecuali dalam penglibatan aktiviti mahupun program yang dijalankan di PEDi. Masa terluang beliau banyak menghabiskan masa di PEDi untuk mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan mahupun mencari bahan-bahan untuk matapelajaran tertentu.
SUKU KEEMPAT 2018
KEUSAHAWANAN - Sahadawati Binti Bazin
PENIAGA ATAS TALIAN
Nama : Sahadawati Binti Bazin
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Sahadawati merupakan seorang suri rumah sepenuh masa disamping mengambil upah mengasuh kanak-kanak. Beliau mempunyai 4orang cahaya mata.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau berjaya mempunyai facebook sendiri dan lebih celik IT disamping dapat mempromosikan produk jualan beliau.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM600.
*****
KEUSAHAWANAN - Aida Syurianty Zakaria
PENIAGA MAKANAN BERASASKAN SUP
Nama : Aida Syurianty Zakaria
Umur : 38 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan berasaskan sup antaranya ialah bubur, kuey teow sup, bihun sup, mee sup dan soto.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT. Beliau kini telah mahir memuat naik gambar ke laman social beliau facebook. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.
*****
CELIK IT - Ismail bin Mohd Adam
CELIK KOMPUTER
Nama : Ismail bin Mohd Adam
Umur : 6 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Adik Ismail yang tinggal di Kampung Sama telah mendaftar menjadi ahli sejak September lalu sering kali mengunjungi PEDi Kampung Sama. Beliau bukan berasal daripada keluarga senang. Ayahnya bekerja kampung seperti menoreh getah dan menternak lembu. Ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Adik Ismail tidak mempunyai set komputer di rumahnya. Secara tidak langsung, adik Ismail tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mengendali komputer.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Seperti sebelumnya, beliau tidak berkemahiran menggunakan komputer dan melayarin internet. Sejak adanya kemudahan PEDi di Kampung Sama, adik Ismail seringkali mengunjungi PEDi bersama kakak dan abangnya dan sedikit demi sedikit berjaya menguasai ilmu asas dalam komputer.
*****
SUKU KETIGA 2018
KEUSAHAWANAN - Puan Hazwani binti Affandi
AHLI AKTIF PRODUK TUPPERWARE
Nama : Puan Hazwani binti Affandi
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Bermula dengan menjadi ahli Tupperware bagi kegunaan sendiri, akhirnya bertukar menjadi pendapatan sampingan bagi Puan Hazwanie yang bekerja sebagai jurujual di Hentian Rehat dan Rawat Benta.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah berjaya mempromosikan produk beliau. Pendapatan beliau pula meningkat kepada 1000.00 sebulan mengikut permintaan pelanggan.
*****
KEUSAHAWANAN - Puan Noor Shafiza binti Shafie
PENIAGA KECIL DAN AGEN KATALOG
Nama : Puan Noor Shafiza binti Shafie
Umur : 30 tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat cahaya mata. Melibatkan diri dalam perniagaan katalog sekadar sambilan dan kini menjadi pendapatan bulanan. Bermula membuka kutu kepada kawan-kawan sehingga kini dikenali orang sekitar Benta.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada suaminya.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 - RM1000.00 mengikut permintaan pelanggan.
*****
CELIK IT - Mohamad Shahril Daniel
CELIK KOMPUTER
Nama : Mohamad Shahril Daniel bin Mohd Saiful Nizam
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Shahril merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Beliau bersekolah di SK Benta. Sikap Shahril suka membantu ibunya di gerai dan rajin belajar menjadi contoh kepada adik-adiknya.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Masa terluang akan dipenuhi dengan aktiviti bermain basikal dan menolong ibunya di gerai.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT.
*****
SUKU KEDUA 2018
KEUSAHAWANAN - Hijratulaslawati
USAHAWAN YANG MENERIMA TEMPAHAN KUIH
Nama : Hijratulaslawati binti Ahmad
Umur : 40 tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Puan Hijratulaslawati merupakan seorang penduduk Kampung Sama. Merupakan seorang ibu dan suri rumah kepada keluarganya. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya bekerja sendiri sahaja seperti menerima tempahan kuih.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mempunyai maklumat yang lebih mendalam berkenaan pembuatan kuih dan cara untuk mendapatkan lebih tempahan membuat kuih. Pendapatan hasil menerima tempahan kuih adalah sekitar lingkungan RM300-400 sahaja.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Dengan wujudnya pusat internet, beliau belajar mencari maklumat berkaitan dengan proses membuat kuih dan mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama. Kini beliau telah memiliki laman sosial Facebook sendiri yang dapat mempromosikan dan menerima tempahan. Kebiasaanya, beliau mendapat tempahan dari sekitar pekan Benta hingga ke sempadan daerah Raub. Pendapatannya meningkat menjadi RM500-700 selepas penggunaan ICT dan penglibatan melalui PEDi.
*****
KEUSAHAWANAN - Sakinah binti Mat Ali
PEMBUAT KUIH
Nama : Sakinah binti Ali
Umur : 49 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Sakinah merupakan seorang penduduk tetap Kampung Sama. Tidak bekerja dan menjalankan aktiviti membuat tempahan kuih dari pelanggan yang berada di sekitar Benta.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan di PEDi, Puan Sakinah kurang mendapat tempahan untuk membuat kuih.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Selepas adanya rangkaian internet di Kampung Sama, Puan Sakinah menjadikan internet sebagai medium utama untuk membuat promosi dan menerima tempahan kuih dari kawasan sekitar. Kesan daripada langkah tersebut, Puan Sakinah mendapat lebih banyak tempahan berbanding sebelumnya. Hasilnya, pendapatannya meningkat lebih kurang lingkungan RM700 berbanding pendapatan sebelumnya sekitar RM400-500 sahaja.
*****
CELIK IT - Nur Masitah binti Mohd Yusop
MENEROKA ICT
Nama : Nur Masitah binti Mohd Yusop
Umur : 10 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Adik Nur Masitah merupakan seorang murid Sekolah Kebangsaan Benta yang berasal dari Kampung Sama, Benta. Dia berumur 10 tahun.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Adik Nur Masitah merupakan murid tahun 4 dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan penggunaan ICT dan perkara yang berkaitan dengan komputer seperti menaip dan lain-lain. Beliau hanya mengenal komponen asas komputer seperti papan kekunci, monitor dan tetikus sahaja.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Setelah mendaftar sebagai sebagai ahli PEDi, beliau sering datang ke pusat internet bersama-sama dengan kakaknya. Dari situ, beliau terlibat dengan penggunaan ICT dan secara lansung terlibat dengan aktiviti kelas di PEDi. Pada permulaannya, adik Masitah diberi pendedahan dengan mengikuti kelas mengenal komputer. Diikuti dengan kelas belajar menaip dan seterusnya. Kini adik Masitah memiliki kebolehan menaip tanpa bantuan dari kakaknya.
*****
SUKU PERTAMA 2018
KEUSAHAWANAN - Rosnidar binti Ramli
PENGUSAHA KEDAI MAKAN
Nama : Rosnidar binti Ramli
Umur : 30 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Puan Rosnidar merupakan seorang peniaga kedai makanan. Beliau mengusahakan bersama kawan rapatnya iaitu Nur Aliah. Sebelum ini beliau mengusahakan secara kecil-kecilan iaitu berniaga hanya gerai di depan rumah.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Benta, Kuala Lipis dan sehinggalah Raub yang mana mereka mengetahui pelbagai menu juadah yang disediakan . Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.
*****
KEUSAHAWANAN - Nur Syahidaah
USAHAWAN KECANTIKAN DAN MAKANAN
Nama : Nur Syahidaah binti Harun Hazaha
Umur : 32 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Cik Syahidaah merupakan seorang pekerja di sebuah pasaraya Benta iaitu Mempaga Fresh. Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atas talian.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dan memuatnaik gambar kuih muih yang dibuat secara harian. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.
*****
CELIK IT - Putri Azura binti Jamlus
CELIK KOMPUTER
Nama : Putri Azura binti Jamlus
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Putri Azura merupakan seorang seorang ahli PEDi Kg Sama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Benta. Beliau merupakan seorang murid Tahun 6.
Sebelum penggunaan ICT / PEDi
Sebelum PEDi wujud di Kampung Sama, adik Putri Azura tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan komputer dan internet.Beliau hanya tahu apa yang ada pada komputer sahaja iaitu seperti papan kekunci, tetikus dan monitor. Beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi yang ada pada komputer tersebut.
Selepas penggunaan ICT / PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi, adik Putri Azura turut melibatkan diri dalam kelas yang diadakan di PEDi. Dia bersama rakan sekolah rendah yang lain seringkali melibatkan diri dalam kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi seperti kelas belajar menaip, kelas Microsoft Office dan pelbagai lagi. Selepas menyertai kelas, kemahiran menaipnya semakin hari menjadi semakin baik.
*****
.
Halaman 2 dari 2