SUKU KEEMPAT 2018

 

KEUSAHAWANAN - Sahadawati Binti Bazin

PENIAGA ATAS TALIAN

Nama     : Sahadawati Binti Bazin

Umur      : 39 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Puan Sahadawati merupakan seorang suri rumah sepenuh masa disamping mengambil upah mengasuh kanak-kanak. Beliau mempunyai 4orang cahaya mata.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau berjaya mempunyai facebook sendiri dan lebih celik IT disamping dapat mempromosikan produk jualan beliau.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM600.

*****

KEUSAHAWANAN - Aida Syurianty Zakaria

PENIAGA MAKANAN BERASASKAN SUP

Nama     : Aida Syurianty Zakaria

Umur      : 38 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan berasaskan sup antaranya ialah bubur, kuey teow sup, bihun sup, mee sup dan soto.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT. Beliau kini telah mahir memuat naik gambar ke laman social beliau facebook.  Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.

*****

CELIK IT - Ismail bin Mohd Adam

CELIK KOMPUTER

Nama     : Ismail bin Mohd Adam

Umur      : 6 tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Adik Ismail yang tinggal di Kampung Sama telah mendaftar menjadi ahli sejak September lalu sering kali mengunjungi PEDi Kampung Sama. Beliau bukan berasal daripada keluarga senang. Ayahnya bekerja kampung seperti menoreh getah dan menternak lembu. Ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Adik Ismail tidak mempunyai set komputer di rumahnya. Secara tidak langsung, adik Ismail tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mengendali komputer.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Seperti sebelumnya, beliau tidak berkemahiran menggunakan komputer dan melayarin internet. Sejak adanya kemudahan PEDi di Kampung Sama, adik Ismail seringkali mengunjungi PEDi bersama kakak dan abangnya dan sedikit demi sedikit berjaya menguasai ilmu asas dalam komputer.

*****

SUKU KETIGA 2018

 

KEUSAHAWANAN - Puan Hazwani binti Affandi

AHLI AKTIF PRODUK TUPPERWARE

Nama     : Puan Hazwani binti Affandi

Umur      : 32 tahun

Ahli         : 2018

Latar belakang

Bermula dengan menjadi ahli Tupperware bagi kegunaan sendiri, akhirnya bertukar menjadi pendapatan sampingan bagi Puan Hazwanie yang bekerja sebagai jurujual di Hentian Rehat dan Rawat Benta.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah berjaya mempromosikan produk beliau. Pendapatan beliau pula meningkat kepada 1000.00 sebulan mengikut permintaan pelanggan.

*****

KEUSAHAWANAN - Puan Noor Shafiza binti Shafie

PENIAGA KECIL DAN AGEN KATALOG

Nama     : Puan Noor Shafiza binti Shafie

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2013

Latar belakang

Merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat cahaya mata. Melibatkan diri dalam perniagaan katalog sekadar sambilan dan kini menjadi pendapatan bulanan. Bermula membuka kutu kepada kawan-kawan sehingga kini dikenali orang sekitar Benta.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada suaminya.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg Sama, beliau kini berjaya dalam mempromosikan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 - RM1000.00 mengikut permintaan pelanggan.

*****

CELIK IT - Mohamad Shahril Daniel 

CELIK KOMPUTER

Nama     : Mohamad Shahril Daniel bin Mohd Saiful Nizam

Umur      : 10 tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Shahril merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Beliau bersekolah di SK Benta. Sikap Shahril suka membantu ibunya di gerai dan rajin belajar menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Masa terluang akan dipenuhi dengan aktiviti bermain basikal dan menolong ibunya di gerai.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh PEDi Kampung Sama, beliau kini lebih celik IT.

*****

SUKU KEDUA 2018

 

KEUSAHAWANAN - Hijratulaslawati 

USAHAWAN YANG MENERIMA TEMPAHAN KUIH

Nama     : Hijratulaslawati binti Ahmad

Umur      : 40 tahun

Ahli         : 2013

Latar belakang

Puan Hijratulaslawati merupakan seorang penduduk Kampung Sama. Merupakan seorang ibu dan suri rumah kepada keluarganya. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya bekerja sendiri sahaja seperti menerima tempahan kuih.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mempunyai maklumat yang lebih mendalam berkenaan pembuatan kuih dan cara untuk mendapatkan lebih tempahan membuat kuih. Pendapatan hasil menerima tempahan kuih adalah sekitar lingkungan RM300-400 sahaja.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Dengan wujudnya pusat internet, beliau belajar mencari maklumat berkaitan dengan proses membuat kuih dan mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama. Kini beliau telah memiliki laman sosial Facebook sendiri yang dapat mempromosikan dan menerima tempahan. Kebiasaanya, beliau mendapat tempahan dari sekitar pekan Benta hingga ke sempadan daerah Raub. Pendapatannya meningkat menjadi RM500-700 selepas penggunaan ICT dan penglibatan melalui PEDi.

*****

KEUSAHAWANAN - Sakinah binti Mat Ali

PEMBUAT KUIH

Nama     : Sakinah binti Ali

Umur      : 49 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Puan Sakinah merupakan seorang penduduk tetap Kampung Sama. Tidak bekerja dan menjalankan aktiviti membuat tempahan kuih dari pelanggan yang berada di sekitar Benta.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan di PEDi, Puan Sakinah kurang mendapat tempahan untuk membuat kuih.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Selepas adanya rangkaian internet di Kampung Sama, Puan Sakinah menjadikan internet sebagai medium utama untuk membuat promosi dan menerima tempahan kuih dari kawasan sekitar. Kesan daripada langkah tersebut, Puan Sakinah mendapat lebih banyak tempahan berbanding sebelumnya. Hasilnya, pendapatannya meningkat lebih kurang lingkungan RM700 berbanding pendapatan sebelumnya sekitar RM400-500 sahaja.

*****

CELIK IT - Nur Masitah binti Mohd Yusop

MENEROKA ICT

Nama     : Nur Masitah binti Mohd Yusop

Umur      : 10 tahun

Ahli         : 2018

Latar belakang

Adik Nur Masitah merupakan seorang murid Sekolah Kebangsaan Benta yang berasal dari Kampung Sama, Benta. Dia berumur 10 tahun.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Adik Nur Masitah merupakan murid tahun 4 dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan penggunaan ICT dan perkara yang berkaitan dengan komputer seperti menaip dan lain-lain. Beliau hanya mengenal komponen asas komputer seperti papan kekunci, monitor dan tetikus sahaja.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Setelah mendaftar sebagai sebagai ahli PEDi, beliau sering datang ke pusat internet bersama-sama dengan kakaknya. Dari situ, beliau terlibat  dengan penggunaan ICT dan secara lansung terlibat dengan aktiviti kelas di PEDi. Pada permulaannya, adik Masitah diberi pendedahan dengan mengikuti kelas mengenal komputer. Diikuti dengan kelas belajar menaip dan seterusnya. Kini adik Masitah memiliki kebolehan menaip tanpa bantuan dari kakaknya.

*****

SUKU PERTAMA 2018

 

KEUSAHAWANAN - Rosnidar binti Ramli

PENGUSAHA KEDAI MAKAN

Nama     : Rosnidar binti Ramli

Umur      : 30 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Puan Rosnidar merupakan seorang peniaga kedai makanan. Beliau mengusahakan bersama kawan rapatnya iaitu Nur Aliah. Sebelum ini beliau mengusahakan secara kecil-kecilan iaitu berniaga hanya gerai di depan rumah.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Benta, Kuala Lipis dan sehinggalah Raub yang mana mereka mengetahui pelbagai menu juadah yang disediakan . Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.

*****

KEUSAHAWANAN - Nur Syahidaah 

USAHAWAN KECANTIKAN DAN MAKANAN

Nama     : Nur Syahidaah binti Harun Hazaha

Umur      : 32 tahun

Ahli         : 2016

Latar belakang

Cik Syahidaah merupakan seorang pekerja di sebuah pasaraya Benta iaitu Mempaga Fresh. Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atas talian.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Sama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dan memuatnaik gambar kuih muih yang dibuat secara harian. Pelanggan beliau dari sekitar Benta dan Kuala Lipis yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.

*****

CELIK IT - Putri Azura binti Jamlus

CELIK KOMPUTER

Nama     : Putri Azura binti Jamlus

Umur      : 12 tahun

Ahli         : 2014

Latar belakang

Putri Azura merupakan seorang seorang ahli PEDi Kg Sama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Benta. Beliau merupakan seorang murid Tahun 6.

Sebelum penggunaan ICT / PEDi

Sebelum PEDi wujud di Kampung Sama, adik Putri Azura tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan komputer dan internet.Beliau hanya tahu apa yang ada pada komputer sahaja iaitu seperti papan kekunci, tetikus dan monitor. Beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi yang ada pada komputer tersebut.

Selepas penggunaan ICT / PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi, adik Putri Azura turut melibatkan diri dalam kelas yang diadakan di PEDi. Dia bersama rakan sekolah rendah yang lain seringkali melibatkan diri dalam kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi seperti kelas belajar menaip, kelas Microsoft Office dan pelbagai lagi. Selepas menyertai kelas, kemahiran menaipnya semakin hari menjadi semakin baik.

*****

 

.