Tarikh : 18 Disember 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi  : Pusat Internet Kampung Sama, Benta
Jumlah Peserta : 5 orang

 

Tujuan Aktiviti

Memberi peluang kepada kanak-kanak setempat untuk mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Excel serta meningkatkan kemahiran asas penggunaan komputer.

Aktiviti

Peserta kelas yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah membuat label nama dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Aktiviti ini membolehkan pelajar sekolah rendah membuat label yang tertera nama sendiri untuk di letakkan pada peralatan seperti alat tulis, buku dan lain lain sebagai penanda hak kepunyaan pelajar itu sendiri.

Tarikh : 22 Disember 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi : Dewan Kampung Sama, Benta.
Jumlah Kehadiran : 200 orang

 

Tujuan Program

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg Sama diadakan bertujuan menggalakkan dan mengajak komuniti bersama sama untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dari segi cara hidup seharian, pengambilan pemakanan, pengurusan diri dan sebagainya.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti cara menggosok gigi dengan betul bagi kanak kanak, pertandingan menyediakan makanan sihat, pemeriksaan gigi, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam badan. Ceramah kesihatan juga diberikan kepada komuniti yang hadir dan disampaikan oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah iaitu, Dr Siti Noradzuwa.  Terdapat juga aktiviti sampingan yang dijalankan seperti pertandingan mewarna bagi kanak kanak, demonstrasi memadam api daripada pihak bomba, pameran kesihatan dan sebagainya.

 Gambar

 

Tarikh : 11 November 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari 
Lokasi  : Sekitar kawasan Kampung Sama, Benta
Jumlah Peserta  : 250 orang

 

Tujuan 

Mewujudkan kawasan dan persekitaran bersih yang bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membawa kepada penyakit demam denggi.

Aktiviti

Membersih kawasan sekitar dengan mengutip sampah plastik, membersih kawasan semak samun dan mencuci longkang daripada tersumbat. Pertolongan daripada agensi lain seperti Majlis Daerah Lipis, Rela, Alam Flora Sdn Bhd dan lain lagi dengan menyediakan jentera dan keperluan bagi menjalankan aktiviti pembersihan.

Gambar