Tarikh | : 08 September 2022 |
Masa | : 3.00 petang hingga 5.00 petang |
Tempat | : PEDi Kg Sama, Jerkoh |
Jumlah peserta | : 6 orang |
Tujuan
Membolehkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah belajar membuat artikel baru dengan menggunakan cara 'copy & paste'. Sumber artikel adalah dipetik/disalin daripada laman web dan diubah ke dalam bentuk karangan.
Aktiviti
> Pelajar membuka laman web untuk mencari satu artikel. Contohnya pantun. Mereka akan dikehendaki untuk menyalin ke dalam aplikasi lain seperti membuat artikel baru.
> Membuat 'copy & paste' ke dalam laman web Dashboard Komuniti pusat internet.
> Meletakkan sumber rujukan di bawah artikel (url web artikel diambil).
Tarikh | : 10 September 2022 |
Masa | : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Sama |
Jumlah peserta | : 5 orang peserta |
Tujuan
Melatih kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan papan kekunci dan melatih diri untuk lebih mahir dalam menaip.
Aktiviti
> Belajar menaip dengan menggunakan teks sebagai rujukan.
> Meniru teks yang terdapat di dalam buku panduan.
Tarikh | : 19 Ogos 2022 |
Masa | : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Sama |
Jumlah peserta | : 20 orang |
Tujuan.
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS mengenal komputer dan ICT.
Aktiviti.
> Dimulakan dengan sesi pengenalan kepada komputer. Pembelajaran asas seperti mengenal monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya.
> Kelas dimulakan dengan sesi mengikut tarian kanak-kanak dengan bantuan Youtube.
> Menggunakan komputer dengan memberi pendedahan cara memegang tetikus dan seterusnya.
Tarikh | : 21 Ogos 2022 |
Masa | : 10.00 pagi & 03.00 petang |
Tempat | : PEDi Kg Sama |
Jumlah Peserta | : 20 orang |
Tujuan.
Belajar membuat poster Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia menggunakan aplikasi Canva dalam talian. Aktiviti dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah yang tinggal berhampiran dengan PEDi Kg Sama.
Aktiviti.
> Petugas PEDi menunjukkan cara menggunakan aplikasi Canva.
> Peserta kelas membuat poster dengan menggunakan kreativiti sendiri.
Tarikh | : 13 Mei 2022 |
Masa | : 3.00 petang hingga 5.00 petang |
Tempat | : PEDi Kg Sama |
Jumlah peserta | : 2 orang |
Tujuan.
1. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan murid sekolah rendah.
2. Memupuk minat belajar sambil bermain.
3. Murid dapat memahami ejaan dan perkataan Bahasa Inggeris yang mudah.
Aktiviti.
> Menggunakan aplikasi yang mengandungi kandungan permainan atas talian seperti kuiz, mewarna atas talian.