Tarikh : 22 Disember 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi : Dewan Kampung Sama, Benta.
Jumlah Kehadiran : 200 orang

 

Tujuan Program

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg Sama diadakan bertujuan menggalakkan dan mengajak komuniti bersama sama untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dari segi cara hidup seharian, pengambilan pemakanan, pengurusan diri dan sebagainya.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti cara menggosok gigi dengan betul bagi kanak kanak, pertandingan menyediakan makanan sihat, pemeriksaan gigi, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam badan. Ceramah kesihatan juga diberikan kepada komuniti yang hadir dan disampaikan oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah iaitu, Dr Siti Noradzuwa.  Terdapat juga aktiviti sampingan yang dijalankan seperti pertandingan mewarna bagi kanak kanak, demonstrasi memadam api daripada pihak bomba, pameran kesihatan dan sebagainya.

 Gambar