Tarikh : 14 Jun 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Kg Sama 
Jumlah Peserta : 22 orang 

 

Tujuan Aktiviti

Mendedahkan kepada kanak-kanak untuk mempelajari fungsi dan cara penggunaan 'Shift' yang terdapat pada papan kekunci komputer. Kebiasaanya 'shift' ini digunakan untuk menaip simbol dan boleh juga untuk menukarkan huruf kecil kepada huruf besar dan sebaliknya. Aktiviti ini juga boleh dilihat sebagai pengenalan awal kanak-kanak kepada ilmu komputer. 

 

Tarikh : 11 Mei 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kampung Sama, Benta.
Jumlah Peserta : 6 orang

 

Tujuan Aktiviti  

Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mempelajari cara membuat kad ucapan, poster dan sebagainya dengan lebih mudah. Dengan menggunakan perisian ini, sesiapa sahaja boleh mencipta kreativiti sendiri dengan pelbagai corak, format, bentuk dan sebagainya. Adanya capaian internet secara tidak langsungnya dapat membantu peserta membuat hasil mereka sendiri.

 

 

Tarikh : 15 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00  tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Kampung Sama, Benta.
Jumlah Peserta  : 23 orang 

 

Tujuan Aktiviti 

Memperkenalkan papan kekunci kepada kanak-kanak tadika sambil melayari fungsi yang terdapat di papan kekunci.

Aktiviti

Kanak-kanak diberi penerangan pengenalan dan menyebut bersama-sama papan kekunci. Selain dari itu, tayangan video membaca ABC di laman Youtube juga di tayang sebagai salah satu alternatif kepelbagaian pembelajaran.

 

 

Tarikh : 26 April 2019 
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kampung Sama, Benta.
Jumlah Peserta : 23 orang 

 

Tujuan Aktiviti  

Antara tujuannya ialah usaha untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan kanak-kanak. Selain itu juga secara langsungnya membolehkan kanak-kanak dapat mengenal nombor dengan mengikut turutan menaik. Kanak-kanak juga didedahkan kepada permainan pendidikan atas talian yang lebih berfaedah dengan mengunakan kemudahan internet yang disediakan.

 

 

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kampung Sama, Benta. 
Jumlah Peserta : 17 orang

 

Tujuan aktiviti

Mendedahkan kanak-kanak tadika dengan asas belajar menggunakan komputer.

Aktiviti

Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak tadika diberi peluang duduk di komputer. Sebelum itu, peserta akan diberi penerangan oleh petugas yang bertugas sebelum diberi peluang untuk menggunakannya. Dengan kemahiran yang masih lagi di peringkat awal, peserta hanya didedahkan dengan perkara asas sahaja seperti dimulakan dengan membuka sistem komputer dengan menghidupkan suis, menghidupkan monitor dan menggunakan tetikus 'mouse'. Seterusnya peserta di suruh menggunakan aplikasi mewarna sebagai latihan asas menggerakkan tetikus.