Tarikh | : 22 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Sama, Benta. |
Jumlah Peserta | : 17 orang |
Tujuan aktiviti
Mendedahkan kanak-kanak tadika dengan asas belajar menggunakan komputer.
Aktiviti
Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak tadika diberi peluang duduk di komputer. Sebelum itu, peserta akan diberi penerangan oleh petugas yang bertugas sebelum diberi peluang untuk menggunakannya. Dengan kemahiran yang masih lagi di peringkat awal, peserta hanya didedahkan dengan perkara asas sahaja seperti dimulakan dengan membuka sistem komputer dengan menghidupkan suis, menghidupkan monitor dan menggunakan tetikus 'mouse'. Seterusnya peserta di suruh menggunakan aplikasi mewarna sebagai latihan asas menggerakkan tetikus.
http://kgsama.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti/135-pengenalan-komputer-tetikus#sigFreeId802f9e588c