APA ITU PENYAKIT ANJING GILA?
Penyakit anjing gila atau rabies ialah penyakit virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas.
CARA JANGKITAN
Virus rabies terdapat di dalam air liur haiwan dan boleh dijangkiti manusia melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Juga boleh merebak melalui cakaran. Agen bagi virus rabies, sejenis rabdovirus dari gen Lyssavirus. Vlrion rabies berbentuk peluru dengan glycoprotein peplomer berukuruan 10-nm meliputi permukaan.
http://kgsama.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeId0c6e374f19
LANGKAH BERJAGA-JAGA
- Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan sesat.
- Jika digigit oleh haiwan yang dijangkiti, segera bersihkan luka dengan menggunakan sabun atau detergen dan air.
- Dapatkan bantuan perubatan serta merta.
KLINIK DESA JERKOH
Klinik Kesihatan Jerkoh terletak lebih kurang 4km dari Jalan Utama Benta Kuala Lipis. Hanya 1.5Km dari Pusat Internet 1Malaysia. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Kebanyakkan komuniti di kawasan ini pergi ke klinik desa untuk mendapatkan rawatan terutamanya bagi ibu-ibu mengandung.
Alamat : Klinik Desa Jerkoh, 2036 Benta, Kuala Lipis, Pahang
Telefon : 09 3239440
Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sama turut menyediakan kemudahan untuk komuniti membuat pemeriksaan kesihatan dengan mengunakan aplikasi My-Health. Pemeriksaan boleh dilakukan pada setiap hari kecuali cuti umum. Pemeriksaan percuma ini diberi kepada Ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia Kg Sama.
Pada 16 october 2015 telah diadakan program I-Health Day pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik komuniti datang bersama-sama meraikan majlis ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
- Pemeriksaan Percuma Kesihatan
- Ceramah Kesihatan
- Pertandingan Poster Kesihatan
- Pertandingan Menaip Pantas
- Pertandingan Melukis
- Kuiz Kesihatan