APA ITU PENYAKIT ANJING GILA?
Penyakit anjing gila atau rabies ialah penyakit virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas.
CARA JANGKITAN
Virus rabies terdapat di dalam air liur haiwan dan boleh dijangkiti manusia melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Juga boleh merebak melalui cakaran. Agen bagi virus rabies, sejenis rabdovirus dari gen Lyssavirus. Vlrion rabies berbentuk peluru dengan glycoprotein peplomer berukuruan 10-nm meliputi permukaan.
http://kgsama.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/83-penyakit-anjing-gila-virus-rabies#sigFreeId0c6e374f19
LANGKAH BERJAGA-JAGA
- Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan sesat.
- Jika digigit oleh haiwan yang dijangkiti, segera bersihkan luka dengan menggunakan sabun atau detergen dan air.
- Dapatkan bantuan perubatan serta merta.