Tree Top Walk Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh kini telah dibuka kepada umum. Jangan lepaskan pengalaman untuk merasai berjalan di atas laluan kanopi setinggi 25 meter dan panjangnya sejauh 600 meter. Hayatilah keindahan alam semulajadi dengan melihat pelbagai jenis pokok dan hidupan liar yang terdapat di dalam kawasan taman negara ini.
Jarak lokasi Tree Top Walk Sungai Relau ini dari bandar Kuala Lipis hanyalah 70 kilometer. Terletak di utara dalam negeri Pahang, ianya berhampiran dengan sempadan negeri Kelantan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi alamat dibawah atau klik disini :
|
Sumber : Dipetik dan diubahsuai dari https://www.wildlife.gov.my