Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) disebabkan oleh enterovirus dengan majoritinya Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Penyakit ini selalu berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan merebak dengan cepat iaitu 100% dalam kalangan kanak-kanak kecil melalui kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit. Tempoh inkubasi (tempoh dimana virus mula menjangkiti badan pesakit sehingga wujudnya gejala) adalah di antara 3 hingga 5 hari. 

Simpton/Gejala

Simpton atau gejala jangkitan penyakit ini : 

-Demam.

-Ruam Melepuh (blister) pada tangan, kaki dan mulut atau lidah.

-Mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

-Muntah.

-Cirit birit.

-Kurang selera makan.

Walaubagaimanapun, jangkitan yang disebabkan oleh Enterovirus 71 (E71) boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema, dan myocarditis namun ianya jarang berlaku.

Pencegahan Wabak HFMD

-Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

-Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih.

-Menjalankan disinfeksi (basmi kuman menggunakan larutan berasaskan klorin) permainan kanak-kanak serta lantai secara berkala.

-Pembuangan lampin pakai-buang dengan betul.

-Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala di antara kanak-kanak.

-Menyediakan hand sanitizer.

-Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Sumber : http//www.myhealth.gov.my/taska-dan-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut/