SCAM, SCAMMER.
Merupakan satu salah satu penipuan yang dilakukan secara atas talian (online). Penipuan yang akan memperdaya mangsa untuk mendapatkan satu maklumat peribadi dan kebanyakannya melibatkan kerugian wang tunai.
Tidak mengira status mangsa, umur, jantina dan berasal dari mana, ancaman Scam/Scammer menyasarkan perbuatan mereka untuk mendapatkan target mereka. Doktor, guru, jurutera dan akauntan adalah antara kelompok profesional yang sering kita dengar menjadi mangsa.
Mengikut rekod, lebih 60 peratus mangsa yang diperdaya golongan scammer yang menyamar sebagai polis, pegawai LHDN, Bank Negara Malaysia atau kastam.
Jadi, marilah kita tingkatkan pemahaman dan maklumat tentang taktik mereka supaya mulai sekarang kita lebih bersedia dan tidak lagi mudah tertipu. Selain itu kita juga perlu lebih berani dan tidak mudah takut dengan ugutan mahupun gertakan individu yang menghubungi kita dengan pelbagai alasan seperti ada kes polis, tunggakan cukai dan sebagainya.
Selain itu, kita juga harus berhati-hati ketika berurusan secara atas talian.
Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari hmetro.com.my/rencana